Kerjaya Samsuri Arshad

Mulai 1 November 1962 beliau menyertai polis PDRM. Dari 29 Nov 1963-1 Jan 1966 menjadi Inspektor; Ketua Polis Selangor(1 Feb 1966- 4 Jan 1968) ; dipindahkan ke Platoon ke-6 Pasukan Polis Hutan, Cheras.Kemudian naik pangkat sebagai Assistant Superintendent (ASP)(22 Jun 1969-26 Dis 1971; Ketua Balai Polis Tapah, .27 Dis 1971-11 Dis 1973 Jurulatih di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.

1972 ,menghadiri kursus 'International General Interpol (Australia).12 Dis 1973 - 24 Dis 1975 dipindahkan ke Kelantan sebagai DSP. 25 Dis 1975 - 13 Jun 1976 Ketua Balai Polis Batu Pahat, Johor. 14 Jun 1976 - 7 Ogos 1978 Setiausaha Polis Bukit Aman. 8 Ogos 1978- 11 Jan 1981 Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Perak.

1979 menghadiri kursus 'Administration of Criminal Justice (Jepun). 12 Jan 1981- 3 Feb 1982 menjadi Assistant Commissioner, JSJ Perak. 4 Feb 1982 - 10 Mei 1984 Commandan, Maktab Polis Kuala Kubu Baru.. 11 Mei 1984- 9 Sep 1987 menjadi Senior Assistant Commissioner II, Maktab Polis Kuala Kubu Baru dan terakhir sebagai Timbalan Pengarah (Latihan) PDRM Bukit Aman..1987-1988 menghadiri kursus di Institut Tadbiran Negara (INTAN).1989 menghadiri kursus perlembagaan dan pentadbiran di Universiti Malaya. 10 Sep 1987- 1 Feb 1989 Senior Assistant Commissioner I dan menjadi Ketua Polis Selangor.2 Feb 1989 - 10 Jan1991 Timbalan Pengarah CID I .1990 mnghadiri kursus eksekutif di Korea Selatan. 1990 menghadiri kursus Jenayah Kolar Putih diUnited Kingdom).

11 Jan 1991-10 Dis 1991 Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.1992 sambung belajar di United Kingdom).5 Jan 1993-Jul 15,1993 Ketua Polis Perak. 17 Jul 1993- 15 Jan 1994 Pengarah Pentadbiran .16 Jan 1994- Mei 1997 Timbalan Ketua Polis Negara .

1996 belajar lagi di Harvard University, Amerika Syarikat.